Wednesday, September 17, 2014

Pizza lembut dan gebu

Assalamualaikum...


 Kebelakangan ni kerap pulak buat pizza bila suami dah tak nak makan nasi untuk dinner.. jadi antara menu yang paling mudah saya rasa ialah pizza.. uli doh pun tak susah mana, pakai je mixer dan uli dengan mata cangkuk tu hihi senang kerja. Kali ni saya cuba resepi dari kak Ros Jintanmanis, selalu saya gunakan resepi Soft Crust Pizza ni aje.. memang melekat dengan resepi tu.. Entah tiba-tiba tergerak hati nak cuba resepi baru pulak.

 Alhamdulillah tak menghampakan bila cuba resepi ni, rotinya lembut dan gebu bersesuaian lah dengan tajuk tu..cuma saya ingkar sikit part water roux. sebab biasanya masak tanpa perancangan, jadi bila masa tu suntuk dan nak segera.. tak sempat nak buat water roux. jadi saya lebihkan sukatan shortening untuk cover bahagian water roux tu.. alhamdulillah pizza masih lagi lembut..

Seperti resepi pizza sebelum ni, apa yang saya suka ialah roti pizza masih tetap lembut walaupun sejuk. Baki yang tak abis tu simpan dalam peti semalaman, esok panaskan balik roti tetap gebu dan lembut.. untuk doh ni sesuai buat dua biji pizza sebab dohnya banyak.. 

saya takde resepi khusus untuk buat topping pizza, ikut selera duka hati je..kali ni buat chicken black pepper dan lebihkan sos masa masak ayam tu.. pastu guna tomato puree je untuk sapu atas roti. tapi yang paling saya suka, bila topping pizza ditambah dengan bawang besar yang dikaramelkan bersama hirisan tomato.. hmm makan banyak potong dengan takde rasa bersalah hihi untuk anak2 simple je, letak hirisan ayam atau sosej atau pepperoni pastu tabur kejun banyak-banyak...



Homemade Pizza Lembut dan Gebu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk Doh)

200gram tepung roti
200gram tepung gandum
3 sudu besar water roux- resepi water roux DI SINI
2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur ( dipukul sedikit dengan garpu)
30 gram marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
170ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - ros guna jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa
( nak masukkan sedikt dry oregano dalam adunan pizza ni pun boleh)

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit tuna flakes
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup

( nak tambah mix vegetable, daun basil atau hirisan daun pasley pun boleh)

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi  doh pada 4 bahagian dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dasar pizza dengan tomato ketchup dan topping kan setiap pizza dengan sosej dan tuna flakes, piping kan sekali lagi dengan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian taburkan kan dengan keju mozarel atau mix cheese.

5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.

6. Angakt dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.


Selain bawang karamel, saya suka kalau pizza yang ada nanas.. kemudian bila nak makan saya taburkan dengan daun basil yang segar, petik terus dari dapur..  ok selamat mencuba ye :)
 


No comments:

Post a Comment

pengomel comel berbisik