entri tertangguh lagi, lagi dan lagi.. agak payah nak update terus belog untuk berkongsi dengan rakan2 semua.. nak tak nak, kena simpan, peram dulu senyap2 dalam memory card.. klu rajin sikit, terus transfer gambar2 yg diambil... itu pun takdan nak post entry dengan segera..
ini merupakan kali ke3 atie buat panna cotta.. 1st time dulu buat mango panna cotta macam kat SINI.. baru2 ni, ada buat kiwi panna cotta.. tp segan pulak nak tayang gambar sebab atie terlebih kisar buah kiwi utk buat puree tuh.. hancur lebur biji2 kiwi sampai hilang seri color hijau buah kiwi.. tp alhamdulillah... rasanya sedap.. kali nih pakai stoberi pulak.. ya ampun! sangat2 lah masam rasa stoberi nih...
ok, untuk strawberry panna cotta ni atie guna resipi kat bawah nie... bezanya, buah kiwi digantikan dengan buah stoberi hihi
KIWI PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
tak pernah lagi try buat panna cota ni, bilalah dapat merasa, urmmm..
ReplyDeleteSejuk...nyaman ditekak...kak cek sukaaaaa sgt...:D
ReplyDelete