akhirnya.. inilah pencapaian terbaik saya dlm pembikinan donut nih hehe. selalunya, mmg sgt tak puas hati hasilnya.. tp kali nih mmg best punyalah.. lembut gebus je donutnya walaupun dah semalaman goreng. buat donut nih mmg tak sah klu tak make up ngn cekelat. maklumlah kami bertiga nih hantu cekelat terutamanya cik auni tuh hehe sape nak sila angkat hidung! sorila..semuanya dah lupus ntah ke mana. mana taknya, selasa malam aritu buat...
bahan2 : yani tulis dia dapat 8biji, saya dapt 10 hehe
sumber : http://myresipi.com/top/detail/208
- 200g tepung roti
- 20g gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil dry yeast
- 140ml susu segar
- 20g butter
- minyak masak untuk menggoreng
- sugar powder
Cara-cara ( nak tengok step by step, sila klik SINI ye
- Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
- Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
- Masukkan pula butter
- Kacau sehingga sekata
- Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
- Uli sehingga tak melekat ditangan
- Buatkan bentuk bulat
- Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
- Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
- Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
- Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
- Uli biar jadi bentuk panjang
- Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
- Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
- Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
wahh....sedapnya.....
ReplyDeleteterliur jap...
wah colourful gitu..mcm dunkin donut la! atie dok pasir puteh ker? umi asal dari pasir puteh.
ReplyDeletesedapnya donut..mcm2 rasa ada tu....:)
ReplyDeletemenariknya atie..klu budak2 tgk ni mesti x cukup ni
ReplyDelete