Assalamualaikum...
Salam buat semua... alhamdulillah kerana masih berpeluang bernafas di bumi Mu ya ALLAH... dan rasa syukur kerana masih juga diberi kesempatan untuk hidup dengan aman tenteram di atas muka bumi yang dipinjamkan ini.. doa dan harapan juga buat saudara-saudara kita di luar sana yang sedang bergelut untuk terus hidup.. setiap apa yang Engkau caturkan hanya Engkau lah sebaik-baik perancang....
Salam buat semua... alhamdulillah kerana masih berpeluang bernafas di bumi Mu ya ALLAH... dan rasa syukur kerana masih juga diberi kesempatan untuk hidup dengan aman tenteram di atas muka bumi yang dipinjamkan ini.. doa dan harapan juga buat saudara-saudara kita di luar sana yang sedang bergelut untuk terus hidup.. setiap apa yang Engkau caturkan hanya Engkau lah sebaik-baik perancang....
alhamdulillah... malam tadi merajinkan diri untuk buat lagi biskut yang sangat sedap ni.. sebelum ni dah buat masa nak raya aritu, tapi tak sempat nak ambik gambar untuk dikongsikan.. tak banyak pun buat sebab kesuntukan masa.. plan nak buat banyak-banyak untuk bawak balik kampung, sudahnya hanya sebalang kecik je selamat tiba di kampung.. lagi satu balang untuk stok kat rumah ni.. baru je habis dan suami kata sedap.. si ali pun duk punggah makan.. memandangkan bahan-bahan masih banyak berbaki, jadi ulang buat lagi malam tadi..
terima kasih Kak Wan, sudi kongsikan resepi yang best ni.. kali ni saya kurangkan penggunaan gula. jadi takde lah manis sangat.. rasa sedang-sedang je.. memang terleka bila gigit biskut ni. rangup, rasa oren dan coklat.. memang tak rugi mencubanya...
Orange Chocolate Chips Cookies
sumber : Kak WAN ( ResepiCitarasawan )
Bahan-bahan :
250 gm mentega
160 gm gula kaster ( saya kurangkan kepada 120 gm sahaja )
1 biji telur
1 kuning telur
300 gm tepung gandum ( saya lebihkan dalam 3 sudu besar tepung )
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh emplex
30 gm cornflakes - diramas halus
150 gm chocolate chips
100 gm hirisan badam - disangai ( saya gantikan dengan almond nibs )
1 sudu besar orange emulco/sunquick
1 sudu besar parutan kulit limau - optional
pewarna oren secukupnya
Cara-cara :
- Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan emplex. Satukan di dalam mangkut bersama chocolate chips, hirisan badam, parutan kulit limau dan cornflakes. Gaul rata.
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar hingga bergaul rata.
- Masukkan ke dalam adunan tepung bersama orange emulco dan pewarna, uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan selama 10 minit. Ambil sebesar ibu jari dan gentel ringan.( saya timbang 8-9 gram ) Susun dan jarakkan di atas dulang pembakar.
- Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
Sedapnya....
ReplyDelete