Assalamualaikum...
Petang-petang gini kawan-kawan tengah buat apa ye?
mungkin ada yang duk rileks santai dengan keluarga.. duk masak pun ada tuu..
yang ada kebun ke.. mesti duk belek-belek sayur-sayur , pokok bunga bagai..
nih tuan tanah teringin juga nak keluar.. tapi budak kecik tu cam tak lena je tidur..
jap-jap mengerang je.. tinggal dia sorang-sorang kat atas kerusi jap hihi
alkisahnya donat nih dibuat tengah malam buta malam tadi.. jam 12 baru duk ketung ketang kat dapur..
gara-gara budak kecik tu jugak lah.. tak mau duduk.. asyik nak diribakan je..
elok je dia lena , terus mula projek.. lebih kurang sejam , siap goreng semua..
suami yang tak tidur lagi pun sempat lah jamah 3,4 ketul donat tu.. lapar katanya sebab tak makan nasi
ok , ni donat yang paling senang dan cepat nak sediakan..
selalu saya guna mixer untuk menguli tepung atau adunan donat..
yang ni uli sekejap pakai tangan je.. pastu tak perlu gigih-gigih menguli
uli lembut-lembut gitu je.. pastu yang bestnya tak payah nak rehatkan adunan bagai
bila dah jadi doh , terus boleh canai..
yang penting , hasilnya anda akan dapat donat yang lembut , gebus-gebas gitu
tak percaya?? cuba laaah :)
ok.. donat ni siap dimake-up lepas makan tengahari tadi..
jap lagi budak-budak tu sampai , mesti seronok tengok ada donat
pastu siap ditopping pulak ngn cekelat dan penuh gula-gula hiasan kat atas tu :)
asalnya nak buh filling cekelat dalam tu.. tapi sebab rasa cam lambat.. buat ala kadar gini je
bila budak kecik tu tidur , masa jadi sangat2 berharga..
tadi masa masak kurma ayam , tumis bawang.. dia nangis , tutup api dulu
dia ok , sambung balik.. dia tak ok , tutup api lagi.. berhenti dulu..
haaah camtu lah nak masak sekarang ni kalau berdua je dengan dia..
kalau abang dan kakaknya ada... lagi haru...
DONUT LEMBUT
Resipi : Hasue
Sumber : Atie
Bahan-bahan :
500 gm tepung berprotein tinggi / tepung gandum
( saya gunakan 300 gm tepung gandum dan 200 gm tepung berprotein tinggi )
1 peket yis segera - 11 gm ( jenama MAURIPAN atau apa-apa jenama )
50 gm marjerin / mentega
1 sudu makan ( penuh ) shortening
2 sudu makan ( penuh ) gula pasir
2 sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
gula halus atau topping kegemaran anda
190 ml - 200 ml air suam-suam kuku ( bergantung pada kualiti tepung )
Cara-cara :

- Didalam bekas yang agak besar , tuangkan air suam. Masukkan yis segera , gula pasir , susu , marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8 - 10 minit.
- Setelah yis mula berbuih , ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati daan melekat pada sudu ( bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu.
- Ayak lagi tepung selebihnya , gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. ( sisa-sisa tepung kat dalam bekas tu semua bersih )
- Doh tidak perlu direhatkan , ( kalau nak rehatkan pun boleh agak-agak 5 - 10 minit ) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh menggunakan acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
- Setelah minyak agak panas ( jangan terlalu panas , nanti donut gorengan pertama agak hangus ) perlahankan sedikit api , masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng ( sebab adunan mengandungi telur )
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA ^_^
No comments:
Post a Comment
pengomel comel berbisik