Friday, February 22, 2013

teresek kulat sisir


assalamualaikum...

salam di petang Jumaat yang mulia...
dah hampir seminggu saya berpantang di rumah mertua..
lewat malam Selasa , suami selamat sampai dari Jitra
dan insha Allah, esok akan kembali ke Pasir Puteh dan bertolak balik ke rumah sendiri pada hari Ahad..

menu teresek ni sebenarnya saya buat masa mengidam di akhir kehamilan hari tu..
cuma tak ada masa nak update blog..
kebetulan masa balik bercuti hujung tahun lepas ,
ma ada berikan saya sedikit kulat sisir yang dah dikeringkan untuk dibawa pulang.
tak pernah saya tengok kulat sisir dijual di pasar area Jitra..



sebenarnya ni kali pertama saya masak sendiri teresek..
dan jarang sekali makan teresek kulat sisir ni..
biasanya ma akan masak teresek jantung pisang yang dicampur dengan sedikit isi ayam.
memang best jantung pisang dibuat teresek...
pada saya, teresek nih tak berapa nak sedap kalau santannya cair, tak cukup rempah dan kurang pedas.
saya masih ingat, kalau buat teresek.. bila dah masak, dia akan asingkan untuk ayah
dan yang selebihnya akan dicampur dengan hirisan cili api hihi sebab ayah memang tak tahan pedas! hihi

 TERESEK KULAT SISIR
by : atie

1 1/2 cawan kulat sisir kering ( direndam )
1 cawan isi ayam ( saya suka bahagian yang bertulang )
1 peket serbuk kari
200 ml santan pekat
1/2 cawan air suam
1 cawan air
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan bertanda * dihiris halus
beberapa tangkai cili padi
sedikit gula
garam secukup rasa
serbuk perisa
minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Kulat sisir dibersihkan dan ditoskan airnya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan bertanda * sehingga kekuningan.
3. Bancuh serbuk kari dengan air suam , dan masukkan ke dalam kuali tadi. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam.. kacau sebentar dan masukkan pula kulat sisir. Kacau sebentar.
5. Tuangkan air dan santan pekat ke dalam bahan tadi.. perisakan.
6. Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.
7. Akhir sekali, masukkan hirisan cili padi.


mmm makan dengan nasi panas dan digandingkan dengan ikan gelama masam...walla!
cara saya masak ringkas je.. sebenarnya boleh ditambah dengan cili kering kisar dalam tumisan
dan kalau nak ada rasa masam2 sikit.. boleh tambah asam keping atau sedikit air asam jawa..
ok..selamat mencuba!

4 comments:

  1. juadah feveret, kulat ni kalau ada jual memang akan beli...

    ReplyDelete
  2. sedapnya..klu kat kelate mmmg famous ngn teresek nih..kena plk kulat sisir lagi la sedap kan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...menariknya terasa plak nak mencubanya...

    ReplyDelete
  4. suker sgt kulat sisir ni sedappp kalu wat masak lemak pun sedapp
    apa2pun cara masak kulat ni memang akak layan he heee

    ReplyDelete

pengomel comel berbisik