Friday, February 17, 2012

chilled mango cheese cake utk suami...

assalamualaikum.....

alhamdulillah akhirnya, berjaya meluangkan sedikit masa utk berkongsi resipi yang telah dicuba... ini adalah kali ke2 saya membuat ciskek mangga yang sedap sempena besday en.suami.. kali pertama buat ciskek mangga merangkap kali pertama juga dalam hidup menikmati ciskek buatan sendiri boleh jengah ke SINI

 walaupun kurang berpuas hati tengok dia punya rupa, tp takpelah...rasanya yang enak tu lagi penting kan... 1st dulu,saya pakai biskut oreo sbg dasarnya.. kali ni guna biskut marie je... klu ikutkan hati, nak je susun mangga tu jadi bunga penuh satu kek.. hahaha tp tak larat nak nyusun, jari jemari dah lenguh2...


chilled mango cheese cake
sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie 
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil) - saya pakai 250ml

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua..

pastu, tengok jelah keje orang yg tak berapa nak rajin, nampak ijau2 je kan.. sebab kupas mangga pun ala kadar je... nasib la kek nih sedap dan suami pun sangat suka... ok, takleh ngadap laptop lama2... babai



MASAK SENDIRI LAGI BEST...
SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

  1. Canteknya kek keju mango tu,nak join makan..bole?

    ReplyDelete
  2. sedap nya...whipping cream n cheese yg jenama apa ejay guna?confius nk beli takut tak halal...

    ReplyDelete

pengomel comel berbisik