akhirnya tercapai jugak hasrat utk merasa kek yang kelihatannya sangat sedap itu... semangat berkobar2 sebenarnya nak buat kek nih. manakan tidak... saya penggemar kek coklat.. pastu bergandingan pulak ngn cis.. tak buat pun dah tahu sedap hihi tengoknya kat dapur kak izah kita... pastu bila nengok hasil seni kak ita nun jauh di selatan, mmg terguda abes.. terus membakar semangat nak cuba buat kek nih...
masa shopping barang2 kat tesco, terus je sambar 2,3 ketul cream cheese dan mango yogurt 3 bekas kecik tuh.. tp bila masa nih asyik nak kena kejar je, mula lah kalut duk check tarikh luput yogurt tu... tp masih jugak tak sempat nak buat. tp bila keluarga en.suami datang bertandang ke rumah, tekad nak buat dah. cuma cari masa yg sesuai je.. maklumlah kek camnih bila masak, bukannya leh terus masuk mulut kan.. nak kena sejukkan dulu.. ntah kenapa tetiba sehari tuh terbuat kek tiramisu mcm yg slalu duk buat tu. ingatkan MIL makan.. rupanya dia tak makan keju... bila dah camtu, terbantut lg hasrat saya nak buat kek nih...
akhirnya setelah tarikh luput yogurt tu tinggal sehari dua lagi, pada 29 Oktober 2011 yg lalu... saya berjaya jugak hasilkan kek yg rasanya sgt mabeles ni... buat half je bahagian kek tu.. utk topping, buat satu bahagian. so, rasa kek dan topping tuh ngam2 sedap hihi layer kek dan topping cis samaa je menambahkan lagi selera anak tekak menelan cis yg sejuk tuh:) ingat nak buat 2 lapis mcm kak ita buat, tp atas kesilapan teknikal, keinginan tersebut terpaksa dilupakan... aritu saya merasmikan kuali tupperchef yg dah hampir setahun saya beli.. tersimpan rapi dalam kotak.. tak berani nak guna...
Kek Coklat Kukus Keju Koktel
sumber : chef hanieliza
rujukan : kak ita, izah
Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]
Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata
Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar - saya pakai serbuk gelatin
1 cawan yogurt perisa mangga - saya pakai 270gm yogurt ( 2 bekas kecil )
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel
Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.
*** utk topping, saya guna idea kak ita untuk gantikan air agar-agar kepada gelatin.
- saya bancuhkan 1 sudu besar gelatin dengan 1/2 cwn air
- tp akan datang saya rasa elok ditambah jumlah serbuk gelatin tu.. mungkin 2 sudu besar.
kek ni setelah seharian kita sejukkan... rasa sangat2 nyaman bila makan... berbanding en.suami, sayalah yang paling kerap duk punggah kek ni.. kakak auni pun berselera je makan... incik ali??? jangan tanya.. suap apa pun dia tetap berselera lebih sambil tempik2 bila disuap... tp adik kuruuuuus je.. bila nak jadi sihat mcm ibu?? hihi
eh eh.. dah dekat jam 2 pagi nih... mata masih belum mengantuk...
rasa cam nak kemas je barang dan pakaian siap2...
esok pagi dah nak bertolak balik ke utara..
doakan kesejahteraan keluarga kami.. agar selamat sampai ke destinasi..
WASSALAM...
5 comments:
Assalamualaikum atie
Pagi-pagi akak singah sini dah di hidangkan dengan Kek Coklat Keju yang sangat menyelerakan..
Akak pon masa buat kek ni dok makan aje.. kejap-kejap bukak peti ais
akak mmg pengemar tegar kek coklat hihi
aii.. tengok atie punya ni pun dah meleleh2 dah air liur ni.. macam memanggil2 untuk di buat semula..
Assalamualaikum atie
Pagi-pagi akak singgah sini dah di hidangkan dgn kek coklat keju yg sangat menyelerakan..
Akak pun suka dengan kek ni sebab rasa masam2 manis keju tu buatkan kita tak rasa jemu menikmatinya..
Aduhaiiii meleleh tengok... nyum nyum nyummmmmmmm
: nyumnyumnyum , nampak sedaplaa . nak try buat nie . hehe ^^
Salam kenalan..baru discover blog nie..menarik resipi-resipinya akak follow..ada dua tiga yang akak dah masuk list nak cuba. Thanks ya
Post a Comment